Layar sayap
Layar sayap

Layar sayap

Layar sayap, layar kulit berkembar[1] atau layar kulit berganda[2] ialah sebuah struktur aerodinamik dengan kamber (permukaan melengkung di depan sayap) yang boleh diubah dan dipasang pada kapal laut sama seperti layar biasa. Layar sayap adalah seperti sayap pesawat cuma ia direka untuk memberikan daya angkat pada kedua-dua belah kapal. Sayap pesawat menyelaraskan kamber dengan kepak manakala layar sayap menyelaraskan kamber dengan struktur fleksible atau bersendi (dalam layar sayap keras). Layar sayap biasanya dipasang pada andang-andang yang tidak bertambat—selalunya diperbuat daripada gentian karbon kerana ringan dan kuat. Geometri layar sayap memberikan lebih banyak daya angkat, dan daya angkatnya lebih seimbang dengan daya seret, daripada layar biasa. Layar sayap adalah lebih kompleks dan mahal daripada layar konvensional.[3]